cAhaYa

cAhaYa

23 Februari 2011

Ustaz Kejam atau aku??

aSsAlamuaLaikuM..

entry ni agak panas,,tapi bace sampai habes..

hurmm tadi aku g surau utk solat jemaah and dengar kuliah maghrib..tapi aku turun lambat sebab balik traning BOTAM [bola tampar] lambat ..kul 7p.m baru smpai bilik ..so aku decide turun surau after maghrib .. sampai je surau kuliah maghrib dah start .. so aku duk lepak kat bahagian belakang sambil menyandar pada dinding ..

tibe2 aku rase macam ade semut api gigit aku ..

sekor -- ok aku bunuh
sekor lagi -- ok aku bunuh
and berekor2 plak datang menyerang aku

sampai la aku rase telekung aku dah penuh semut api and dah masuk dalam baju.. perghh perit siut kene gigit semut api ..  tapi tak terasa sgt sebb baru je semut tu start nk gigit aku dah picit semut tu bagi mati .. [ni bukan kes mendera okeyhh]..

rupa-rupanya dak sebelah aku pun kene gigit .. sekali aku tgok ade byk longgokan semut api kat dinding tempat aku sandar tu .. so aku pun tak khusyuk lah nak dgr kuliah maghrib tu [ceytt] .. belum selesai sesi pembunuhan semut tiba2 ustaz dah azan isyak ..

aku pun kebas2 lah aku punya telekung suma and mintak tlg membe aku buang semut2 yang ada kat telekung aku .. then aku rase lega cuma rasa gatal mybe sbb bekas gigitan semut tu kot.

time solat [sumpah aku tak fokus] :

niat                             
-- ok

takbir                         
-- ok

al-fatihah                    
-- not ok... aku dah rase ade semut yg gigit aku kat leher.. ok aku tahan walau aku rs mcm nak berhenti solat time tu jugak..

bacaan lepas al-fatihah 
-- ustaz baca 1 muka ayat-Quran.. aku mmg dah tak fokus dah.. dah mula nak nages.. sebb ape?? sebb semut gigit.. aku mula cakap,, "Ustaz tlg pendekkan surah tu,, Uztaz kejam buat saya mcm ni" aku monolog lah.. sumpah aku dah tak tahan  sgt biarkan semut tu gigit aku..

rukuk 
--ok aku amek kesempatan buang semut yg ggit leher aku tadi.. lega.. cuma masih rasa gatal kat situ.. nak garu pun 3 kali je..nt batal solat.

sujud 
--aku dah mula rasa semut lain kat telinga plak.. aduyai aku ckp lagi dalam hati " kalau aku biarkan semut ni alamat semut ni masuk telinga aku plak kang. so time sujud tu aku buang semut tu.. [sumpah tak fokus]..

begitulah rakaat ke-2, 3 dan seterusnya [mmg tak khusyuk] eleh bajet selama ni khusyuk sgt lah..haaha

habis je solat.. aku garu puas2 and mane2 semut yg tak mati lagi aku bunuh..hahaha..geram giler.. mintak tolong membe sebelah garukan sekali.. marah aku sama ustaz sebb bace surah panjang2.. [mase tu tgah geram lah kan] ..hahhaha..


REFLEKSI DIRI :

1. bila aku pikir balik aku yg salah,, sebb mane patut dalam majlis ilmu aku bersandar..
2. dalam majlis ilmu jgn duk blakang2..
3. semut tu amaran Allah kot pada aku.. bukan kot tapi mmg kenyataan..

MOraL of the StoRy :

1. Ustaz tak kejam,, cuma kau yg slah,, sape suh duk balakng,, ustaz mmg tiap hari pun baca 1 page Quran..
2. jgn duk bersandar time majlis ilmu..
3. Experience is the best teacher ever... =]


mintak2 lah solat aku tadi diterima
maaf ya Allah :(



19 Februari 2011

EgypT StuDenT vS MaLaySian StuDenT

AssaLaMuaLaikUm..
perenggan 1 :

sumpah aku seronok hang out n membe2 lama..dah lama giler tak jalan-jalan membuang masa macam ni..OMG especially bila dapat kua n pika [mangsa rusuhan kat Mesir]
tapi Universiti Zargazig tak terjejas sgt pun,, so mybe next week dia dah balik egypt sebb dah nk exam...


i will miss you babe :(




sentap hati mak nak..kepala kat atas tangan kat dada..


ok tak nak sedih2 dulu..sebab aku nak enjoy2 cerita aku keluar hang out n membe2 lame aku..hehe..tapi tak dapt kumpulkan ramai2..kami berempat je.. BILAH, SYASYA, PIKA, LIMAH.. aku la tu..hehe..ermm yg lain sume tak cuti..so sad..tapi mase jalan2 tadi terserempak dgn FAIRUS and NISAK IB [ni dak ex BM]..WAWA juga [ni dak ex darjah khas]..sume orang pun lawa2 sekarang..jeles saya..tapi saya seronok..


ini lah mereka yg saya katakan tadi..
<PIKA><BILAH><SYASYA>
fairus, wawa, and nisak ib lupe plak nk snap gamba..



hurghh puas aku pujuk mak aku nk pinjam kete dia..sekali dia tak bagi lah...haishh so aku amek keputusan merempit saja..tapi tak sempat plak pose kat ats moto tadi..harhar..ermm mula2 kami pergi ke Muar Town..cewahh..nk speaking jer.. kami ke WETEX PARADE..dah lawa dah..dah cat..hehe...KFC pun dah baru..

so kami pergi Tanjung Mas Bookcentre..pika nak cari barang2 die nak balik egypt..aku macm tak ada apa nak beli..so aku tlg amek gamba jer.. [dulu zaman sek, masuk je sini mesti ade je nk beli, sekarang..hampeh]


ade list tu die nak beli apa..haha


gimik je lebih bilah ni..hehe


 siap nak berebut botol air bakal anak dieorang..


akhirnya, pika ke kaunter bayaran,, last2 dua barang je dia beli..haha


pastu g beli coolblog [sebelum ni tak tahu pun kat MUO ade coolblog],,sambil2 jalan sambil minum,, g survey kemera digital yang tak mampu aku beli..hehe..pastu meneruskan perjalanan pergi  Tanjung Mas.. 

TANJUNG MAS BOOKSTORE beza TANJUNG MAS ok..

tanjung mas ni tempat orang g berendek,, bercouple2..etc lah..paham-paham je..hehe

mula-mula kami memenuhkan perut yang dah lapar di Gerai 11 Tanjung Mas [macam promote plak ekk].. aku makan rojak petis dan mereka-mereka yang lain makan Char Kueh Tiaw..sedap la jugak walau pun pada mulanya nampak tak sedap..paling tak boleh bla bila kita orang nak bayar,, abang tu boleh cakap kat membe die..

weyhh,, first time habis siut Char Kueh Tiaw kau !!


makna nya kita orang yang lapar ke 
atau die buat selama ni tak sedap..haha
kepelikan melanda kami yaaa..~

habis makan mulalah sesi shooting..lama tol tak amek gamba n membe lama..huhuhu




lawa jugak aku tgk pintu gerbang ni..haha



berronggeng-ronggeng~


pose jgn tak pose~


naseb bek tak da limit tuk buaian ni (mana kau taw tak da limit limah)


ehh pika ko pandang mana tu??


korg happening :)


kepada :

<PIKA>  selamat pulang ke Egypt mgu depan..TC there.. :(

<BILAH>  selamat pulang ke KUIS tuk final exam :)

<SYASYA>  selamat mendapat keputusan yang cemerlang STPM yerk.. :)









15 Februari 2011

SaYa DaPaT CinCin

AsSaLamUaLaikuM..

ape igt korg je ke ade cincin..aku pun ade lah..hahha..saya dah tunang okeyhh [gurau jer] kuku saya pendek..cepat lah propose saya... @_@ --> moOd gatal .. ermm cuti yg lepas aku beli cincin..aku yg beli sebb tak da yg nak propose saya lagi.. [kuku saya pendek betul tak tipu]..di sebabkan cincin tu besar,, aku pakai kat jari tgh belah kiri..yeah muat2..lepas tu abah aku tegur.. 

"Limah,, tak baik pakai kat jari tengah"

aku reply ape korg tahu??

"ermm nanti jatuh la abah..longgar cincin nyer"

mak aku sampuk

"alah jup lagi ko gemuk tukar lah kat jari manis pulak,, karang tak pasal2 je nagis tak berlagu cincin hilang"


ermm,, so aku pakai lah kat jari tengah...sehingga ke IPG tercinta ini..pastu kawan2 aku pun tegur tak elok pakai kat jari hantu tu..okeyhh baik,,saya tukar ke jari manis..tak da la longgar sgt pun..ok jerk..hehe

then aku pun notify ade NOTE baik punya dari FB..so aku pun sedut masuk dalam blog aku..pengajaran agar memakai cincin cara yang betul...mari lah kita ubah cara pemakaian cincin kia ^_^ mulai sekarang..

"biasakan yang betul, betulkan yang biasa"


saya kuku pendek [propose lah saya] ehh joke jahh


CARA MEMAKAI CINCIN YANG BETUL
TIADA YANG BETUL MELAINKAN YANG BETUL BELAKA

NASIHAT Nabi Muhammad SAW kepada Saidina Ali KWJ. Sesudah bernikah dengan Siti Fatimah iaitu anakanda kesayangan,Nabi Muhammad SAW berpesan kepada Saidina Ali iaitu kalau memakai

cincin pakailah di jari:


1] JARI MANIS

2] JARI KELINGLING (ANAK JARI)

Dan JANGAN MEMAKAI PADA JARI,

1] JARI TENGAH

2] JARI TELUNJUK

Nabi Muhammad SAW melarang kerana memakai cincin pada jari telunjuk dan jari tengah adalah MENIRU cara berhias kaum yang dilaknat oleh Allah iaitu KAUM YANG DERHAKA DI ZAMAN NABI LUT A.S.


PERHATIAN ! ! !

Cara memakai cincin adalah termasuk LELAKI atau pun PEREMPUAN.

saudara dan saudari,sila nasihatkan kawan-kawan dan juga saudara-mara ataupun anak-anak tentang kaedah yang betul untuk berhias di dalam syariat Islam,kalau tidak sia-sia saja kita mendapat laknat dari Allah SWT.Nabi SAW. memakai cincin dan kalau kita memakai cincin dengan niat mengikut sunnah Nabi saw.. senang je kita dapat PAHALA... ^____^

aku bace dari note FB dia..
tQ..   




AkU pUn BuAt JuGak DuLu !!

AsSaLaMuaLaikUm...

ermm,, arini entry aku pasal KUKU okeyh..hehehe..aku ade terbaca artikel ni kat FB,, rase macam nk share benda ni sesape yg terbaca blog aku ni..aku dulu ade amalan 'membela kuku' sebab aku rase mcm cantik.. pastu tak nak makan pakai tangan..pakai sudu jerkk,, bajet tak nak sisa-sisa makann masuk dalam kuku.. and nanti kuku jadi kuning..ewwwww gelilah nanti org pandang bila kuku kuning..tapi aku dah buang dah tabiat aku ni..lagi pun leceh nk menjaga nya..and terima kasih pada kwn-kwn yg nasihatkan suruh potong..juga kepada empunya NOTE kat FB tu..


di sini saya ingin berkongsi tentang :

KELEBIHAN MEMOTONG KUKU DAN CARA MEMOTONG KUKU


RASULULLAH S.A.W BERSABDA : 

Barang siapa yang mengerat kukunya pada:

Hari Sabtu          : 
Nescaya keluar dari dalam tubuhnya ubat dan masuk kepadanya penyakit

Hari Ahad           : 
Nescaya keluar daripadanya kekayaan dan masuk kemiskinan

Hari Isnin           : 
Nescaya keluar daripadanya gila dan masuk sihat

Hari Selasa         : 
Nescaya keluar daripadanya sihat dan masuk penyakit

Hari Rabu           : 
Nescaya keluar daripadanya was-was dan masuk kepadanya kepapaan.

Hari Khamis       : 
Nescaya keluar daripadanya gila dan masuk kepadanya sembuh dari penyakit..

Hari Jumaat        :
Nescaya keluar dosa-dosanya seperti pada hari dilahirkan oleh ibunya dan  masuk kepadanya rahmat daripada Allah Taala.

Dikatakan bahawa menyimpan sebatang jari kuku yang panjang, dosanya sama seperti memelihara SEKANDANG KHINZIR !! jika kesemua jejari kita menyimpan kuku yang panjang.Bayangkanlah dosa yang telah kita tanggung untuk kesemua binatang tersebut.

Potonglah kuku tu.. ^ ^



JANGAN ADA NIAT SIMPAN KUKU PANJANG ! ! walaupun hanya 1 mm atau pun hanya jari kelingking. Bagi orang Islam adalah TIDAK SESUAI berkuku panjang atas apa alasan sekalipun kerana ia tidak membayangkan kesucian dan ia juga bukan budaya kita apatah lagi menggunakan tangan untuk beristinjak.

Orang Melayu yang berkuku panjang biasanya mempunyai anak yang degil dan suka buat onar sebab diberi makan bahan kotor yang berada di kuku jari emaknya semasa menyediakan makanan seperti memerah santan kelapa, buat cokodok pisang, uli tepong, dll. Apa ilmu pun yang di ajar pun tak akan boleh diterima masuk ke dalam kepala.

PERCAYALAH !!



         
 sape yg tak nak anak yg SOLEH dan SOLEHAH kah..aku pun nak ^_^
kuku aku pendek..jom kawen..hehe

Untuk yang bujang beringat lah.Kalau hendak cari pasangan dan mahu anak yang pandai dan mendengar kata pilihlah wanita atau lelaki yang sentiasa berkuku pendek.Insya-Allah. (aku kuku pendek,,calon yg sesuai..heheehe)

Mengenai kelebihan pemotongan kuku.. hadis kelebihan memotong kuku seperti diatas datangnya dari Iman Ghazali yang mana ianya adalah hadis dhaif.

Tiada hadith-hadith yg sahih mgenainya.. walau pun tiada bukti kesahihannya,namun ianya tidaklah memudaratkan dan kalau ianya benar.. SubhanAllah!! besar nikmatNya..

wallahu a'lam..





Adapun tentang jari mana yang hendak didahulukan ketika memotong kuku, al-Imam Ibn Hajar al-'Asqalani (10/345) menyebut:

Maksudnya: "Tidak thabit dalam tertib jari-jari ketika memotong kuku sesuatu hadithpun... Ibn Daqiq al-'Ied telah mengingkari bentuk (memotong kuku) yang telah disebut oleh al-Ghazali dan orang yang mengikutnya, dengan berkata: "Semua cara-cara itu tidak ada asalnya, dan untuk mengatakan ia suatu yang digalakkan, ianya suatu yang tidak ada dalilnya, ia merupakan suatu yang tercela di sisiku, sekiranya seseorang menggambarkan, cara memotong kuku dimulakan dengan jari telunjuk tangan kanan disebabkan kemuliaannya, maka jari-jari yang lain, dia tidak akan dapat menentukannya dengan cara itu. Ya! memulakan dengan yang kanan samaada tangan ataupun kaki itu ada asalnya, kerana Nabi S.A.W. suka memulakan sesuatu dengan sebelah kanan."

Memotong kuku ini termasuk didalam sunan al-fitrah,atau pun perkara biasa yang mesti dilakukan oleh seseorang muslim.Dari Anas meriwayatkan bahawanya: 

"Dia (Nabi saw) telah memberikan waktu kepada kami agar 'trim' misai kami, memotong kuku, mencabut bulu ketiak dan mencukur bulu kemaluan; kita tidak dibenarkan meninggalkannya lebih dari 40 hari" [Hadith Riwayat Muslim 258].

Hadith sahih ini menjelaskan tempoh maxima seseorang untuk memotong kuku adalah tidak lebih dari 40 hari.

Kuku panjang mempunyai sejenis kuman seperti yang terdapat dalam najis manusia,iaitu E-Coli.Kuman tersebut tidak akan hilang walaupun kita mencuci tangan dengan sabun.Ini tak termasuk korek taik hidung,telinga dan sewaktu dengannya.Sekarang ni ramai yang pakai cincin.Tapi ikut suka dia je... SUNNAH NABI JARANG NAK IKUT ! ! ^ ^ (terasa aku..haishh) 

sambung next post mengenai cincin plak ok.. :)

13 Februari 2011

PAKSAAN 3

lanjutan kisah paksaan 2... ceritera bermula


PAKSAAN 3 : SETELAH SERONOK MENJALANI KEHIDUPAN SEORANG SISWI DI UM..

Setelah dapat result yang agak cemerlang dalam SPM,, aku memang memasang hajat utk jadi pelajar Universiti.. tapi nak ambil kos apa semua aku tak tahu.. sebab aku tak ada cita-cita.. hahahhahaha.. sumpah tak tahu.. yang aku tahu belajar dan belajar... kata pun sistem pendidikan kat Malaysia ni Exam Oriented kan..

yang aku tahu aku dah isi borang UPU secara online,, dan seperti biasa lah kos yang aku pilih berkenaan sains,, tak kan nk lari sastera pulak kan..macm tak logik je.. [tapi sekarang lain citer].. aku pilih nak buat asasi kat UM utk first and second choice aku.. 

1. asasi sains hayat UM
2. asasi sains fizikal UM
3. tak ingat
4. lupa
5...............
hehehehe

masa tu aku tak ada berukband lagi.. lappy pun tak ada.. komputer umah aku pulak dah lame rosak.. so aku gunalah khidmat komputer kat tabika mak aku.. terima kasih ibu..hehehhehe..ok lepas dah buat permohonan aku pun lega....yeay aku bakal jadi budak U..sbb tgok kat TV jadi budak U mcm seronok..macam lah..

satu hari mak cik aku datang umah.. die tanya :

" Limah ko nk jadi apa sebennarnya ni?" "Erm Cik rase lebih baik kau apply IPG dulu panggil maktab,," 

dalam hati aku terdetik : 

" alamak aku dah la tak ada cita-cita, apa aku nak jawab ni.." "idea bernas tolong la kuar sekarang"
"ermm maktab ape standard?? nak jadi budak U" tolong la nk jawab ape ni?

mak cik aku sambung kata-kata :

"alah tak payah lah takut, sekarang maktab atau IPG dak keluarkan ijazah.. kalau tak percaya Limah leh tgok portal,, ramai dah student yang result baik-baik apply IPG taw.. sekarang dah tak pakai tangkap muat dah nak jadi cikgu...keputusan mesti terbaik punya"

aku balas :

"yeke cik siti... ermmm tgoklah macm mane nanti (muka kelat)"

mak cik aku :

"kalau nak mohon kene beli no pin siap2 kat BSN.. baru leh apply taw..mohon semua online.."

aku :

" ok.. tengs cik siti" [padahal dalam hati memang tak terniat langsung nak g mohon..] kepala dah pikir nak jadi budak U jerk.. =]


esok pagi nak dijadikan cerita,, piza my besfriend call aku.. bual2 lah pasal apply U mana semua blablabla..
tbe2 termasuklah topik IPG nikan..piza memang nak jadi cikgu cita-cita die..untung ada cita-cita,, aku ni ha..hampeh je.. perbualan antara aku dan piza :


nilah piza yg disebut2 lagi tadi :)


piza :

"eh Limah, kau tak apply IPG ker..sekarang dah ade program ijazah taw kat situ.."

aku :

" ehh yeke..mak cik aku pun ade bagitahu jugak semalam, kau apply ke piza??"

piza :

"ermm aku apply je,,dapat tak dapat lain cerita,, ehh kau kalau nak apply,, cepat sikit esok hari last mohon,, so ko kene beli no pin at least hari ni,, nanti dah tak leh mohon" (beriya-iya piza suh aku mohon)

aku :

" ermm ok nanti aku cakap dengan mak aku,, terima kasih for the information piza.."


so aku pun terdetik nak mohon...apa yang aku pikir mase tu,, " ermm mesti best kan kalu banyak2 surat tawaran dtg kat umah ni,, (konon bajet mcm budak pandai lah) " hehehheehe

so aku pun bagitahu mak aku nk mohon IPG.. mak aku pun sokong je..ayat yang sama jugak keluar dari mulut mak aku.. die cakap mohon je,, dapat tak dapat lain cerita..hari tu jugak aku n mak g beli no pin dan sekali lagi khidmat komputer tabika mak aku digunakan...aku mulakan operasi memohon..dah habis mhon aku print sebagai bukti..sebb sekarang sumanya online...

bape minggu lepas tu aku dapat surat temuduga.. owhh my god permohonan aku diterima !!!!!! hurggghh gile bangga.. tapi aku tak nak pergi pun..aku dah bagitahu mak yang aku mohon saja2 je..heheehe..then aku telefon piza tanya sama ada die dapat tak panggilan temuduga.. die sedih sebb die tak dapat.. aku rase die tak dapat sebab dia pilih kos matematik,, mybe ramai student yang excel dah ramai yang apply..  aku plak pilih kos yang agak ringan BM, PJ n Kajian Sosial yang aku pikir senag nk baak [sekarang baru tahu hebat tak hebat amek subjek ni,, susah owww]


pastu aku dapat mesej dari membe SAMURA aku.. kepet.. die tanya aku dapat g ke temuduga...and aku cakap lah aku dapat.. tapi kepet tak dapat..kepet pun nak jadi cikgu jugak aku rase..firasat aku lah..

tibe2 aku terpikir,, kenapa org yg nak tak dapat sedangkan aku yg dapat aku nk sia-siakan peluang ni..mungkin ni rezeki Allah yang die bagi kat aku.. pikir punya pikir aku terbukak hati nak g intebiu tu.. lagipun mak bapak aku sanggup ambil cuti semata-mata nak hantar aku g intebiu.. kat JB beb.. jauh tu..

so aku pun buat lah persediaan nak di intebiu dan sdiakan segala dokumen yang diperlukan..sijil semua2 tulah kan..pakai baju kurung kaler biru,,kasut tumit bertutup..sejibik macam bakal guru..

and aku lalui intebiu tu dgn mudah aku rase..sebab peng'intebiu' aku tu sgt sempoi..jus tanya isu2 terkini n time speaking die suh elaborate pasal "my favourite food"..hehheeheehe..sekali lagi aku rase ni petunjuk yg Allah bgi kat aku..sebab membe2 seangkatan aku yg nk diintebiu kat luar tu semua duk sibuk menghafal PIPP kejadah yang aku tak pernah ambil tahu,,, hehe..

tapi sumpah aku tak rase pun yang aku akan dapat lepas intebiu tu sebab cara peng'intebiu' aku tu cakap dengan result aku,, aku boleh pergi jauh dari bidang keguruan..so aku yakin lah yg aku tak dapat..

AKU TERUSKAN MASUK KE PASUM SETELAH ABANG POSTMAN HANTAR SURAT KE RUMAH AKU..

AKU DAPAT ASASI SAINS FIZIKAL SAMA DENGAN PIKA MY BESTIES


ni lah pika org kg,kwan sek ren,kwn sek BM, n rumet kat UM..

yeay aku dapat jadi budak U.. tak sabar nyer..hahaha.. aku dah besar weyhhh..bebas..leh balik umah naik bas,, belajo naik LRT,, nmcm2 lagi..yeay..

kebetulan pulak mase tu boleh pilih roomate,, aku pilih pika as rumet aku..aku belajar dengan senag hatinya kat sana..al-maklum lah baru masuk enjoy2 lah sikit kan..tak pressure lagi..orientasi pulak seminggu..
sekali bila dah stat belajar..OMG susah giler..macm mane ni??????????
tapi aku tetap usaha dan aku cakp dalam diri,, kalau org lain boleh,, kenapa aku tak boleh..so aku siap kan lah segala tutorial n setiap kali kuliah,, aku n membe kuliah aku n aima akan pastikan kiteorg datang awal sebb nk duduk depan sekali..
mana tak nya,, dewan kuliah besar,, muat 700 lebih manusia.. kalau tak betul2 leh tido tyme lecturer bagi kuliah taw..


ni aima kawan baik aku sepanjang kat UM-sori aima dah berpunya-

satu hari mak aku kol,, die bagitahu aku dapat tawaran IPG kat Melaka..Kampus Perempuan Melayu.. OMG aku tak nk pergi..serious aku dah suka kat UM,,belajar lepak je..lapa2 leh turun kafe kat bawah kolej 12 tu..ish IPG?? perempuan pulak tu.. tak nak lah..aku dah bagi keputusan aku TAK NAK pergi..

mak aku kol,, die paksa aku.. dia cakap kalau kau tak pergi,, apa-apa jadi kat pelajaran aku kat UM tu mak tak tanggung apa-apa..then die trus letak telefon..On the spot air mata aku mengalir..sampai hati mak takutkan aku dgn ckp mcm tu.. u now how the feeling is.. "diluah mati mak, ditelan mati bapak"

sedih sangat mase tu..ari2 aku nagis pikirkan masalah ni..bile g kuliah kwn2 aku sume cakp tak payah pergi...ape class..sekarg sume org kejar2 nak masuk U,,kau pulak dah dapat nk keluar?? how come?? dorg cakap tak pe Limah,, kalau pasal PTPTN lah kau taka payah risau..kau kekalkan pointer kau 3.5 above kau kan dapat biasiswa beb..

huihh nak kekalkan 3.5 above tu plak aku boleh ker?? baru belajar calculus dah separuh gila..hehhe..kat bilik pulak aku kene taskirah n pika.. die cakap baik aku ikut cakp mak aku.. die cakp ade betulnya jugak, restu semua letak pada tgn parents kau Limah...redha Allah terletak pada redha kedua ibu bapa Limah.. kau kena igt tu..menagis aku buntu sangat masa tu..buat solat istikharah pulak tak nampak ape2..dosa byk,,solat palk tak khusyuk nk dapt petunjuk apenye..hahahahaahhaha


ni dak kelas aku E1,,mase kat UM


so aku ikut cakp pika,, walau die pun sedih nak suh aku pergi..tapi utuk kebaikan aku die redha..aku mula berkemas..aima pun tlg aku kemas kan barang..jangka masa aku belajar kat UM sebulan jer.. ok la tu..at least aku dapat rasa jugak suasana kehidupan U..

aku balik dihantar oleh abg ipo aku sampai kg..sedih sgt masa tu..sedih gila..terbygkan wajah2 membe aku..sedih wowwwwwwwwwwwwww!!!!

aku mula pack brg nk bawak pergi IPG KPM..dan bermulalah sejarah aku sebagai seorang BAKAL GURU..


kebaikan yang aku dapat dari paksaan 3 :

  • aku sekarang dah hepi dengan hidup aku kat sini..sumpah tak tipu..
  • aku dah ade laptop sendiri n berukband sendiri hasil elaun yg diberikan kerajaan.
  • kat sini abru aku tahu betapa susahnya mengajar..
  • belajar kat IPG amat berbeza dgn U..sebb U lebih kepada teori smata sedgkan di sini praktikal diutamakan.
  • aku belajar byk perkara..
  • aku bebas nk selekeh2 kat sini sebb tak payah control2 ayu [kat sini tak da laki kecuali lecturer]
  • aku dapat buat degree jugak sama dengan membe2 aku yg lain,, bukan diplomna ok!!
  • serius aku tak regret ikut cakap mak aku..terima kasih mak [mak aku tak kan bace blog aku ni[
  • heheheeheehehehe =] luv u mom






dak2 SAMURA yg belajar kat UM gak



ni lah geng2 kuliah aku mase kat PASUM dulu :( rindu korg

12 Februari 2011

PAKSAAN 2

lanjutan kisah Paksaan 1.. al-kisah bermula : ----



Paksaan 2 : SELEPAS RESULT PMR YANG TAK PERNAH DISANGKA !!

intro sikit la ea.. ermm masa mak aku teman aku ambil result PMR kat kantin SMKBM.. dia mengalirkan air mata weyhh..hahhhahaaha.. aku pulak masa tu tak ada perasaan apa-apa sebab aku tak tengok lagi result masa tu.. itu pun sebab guru kelas aku Cikgu Jamil (aku igt lagi ok name guru kelas aku masa tu...fwetttt) tak bagi aku tgok slip exam dulu..so aku pun bagi la chance mak aku tgok dulu..

lepas aku tgok air mata mak aku mengalir.. aku pun mcm terdetik.. "ehh teruk sgt ke result aku..aduhh cuak beb" pastu tetiba mak aku cium pipi aku.. and bila aku tgok.. fuyoooo mcm xpercaya beb.. I got straight A's..

seperti biasalah kan..cikgu tak target aku yang dapat result straight A.. aku dapat 9A tuk exam PMR dan for sure la subjek Arab aku dapat A kan..dah la tak dapat jawab masa exam tiba-tiba dapat A.. [menurut firasat aku : graf subjek Arab turun gila-gila kot sebab macam ramai yang tak dapat jawab,, dak maahad pun taw tak dapat jawab,, so xmustahil lah graf turun kan]..hehe..tapi aku anggap ni rezeki yang Allah bagi pada aku..

-aku buat keputusan tak nak pindah sekolah tuk naik ting 4 ok-

paksaan bermula lagi..
mulanya mak aku cakap,,tak apa Limah,,mak ikut saja ko nak belajar kat mana..ko belajar kat mana-mana pun sama ja..bak kata Shaheizy Sam "dimana ada kemahuan di situ ada highway"
kejadah kau guna kata-kata dia.. ni yang betul "dimana ada kemahuan disitu ada jalan"..
so aku pun dah suka lah taka payah pindah,,sebab utama ialah kawan-kawan aku majority tak pindah.. 

cerita paksaan 2 bermula apabila ABANG POSTMAN hantar surat tawaran masuk ke sekolah berasrama penuh (SBP).. dah dapat surat tu,, aku memang ignore je sebab aku memang tak nak pindah kan..hahaahahhaaha..so aku simpan je surat tu  kat bawah peha aku..

alih-alih mak aku perasan...dia minta surat tu daripada aku and terus lah dia baca.. (masa tu tgok muka mak happy semacam)..aku mcm dah agak peristiwa lama berulang kembali...

mak aku bawa lari itu surat and malam tu die discuss dgn aku..betapa frust menonggeng nya aku sebb mak aku suruh aku pergi jugak......waaaaaaaaaaaa menangis tak berlagu wowww...

mak aku cakap pergi je sana,, sebab mak cik, pak cik, kakak, kawan-kawan mak aku suruh aku pergi.. OMG sekali lagi..aku tak nak pindah.. 

-aku pun berlari ke bilik dan terus menagis teresak-esak (pehal aku dah macam nak buat karangan ni)-
-mak aku pula sibuk melengkapkan borang-borang yang perlu dilengkapkan dengan bantuan sesiapa saja di ruang tamu rumah aku-
-esoknya mak aku siap2 g fotostat IC, surat beranak, slip pekse, sume2 yang diperlukan-


first masuk SAMURA :



situasi : di dalam kereta (dialog bersama abah dan mak)

aku    :
mak, owg takut la nk belajo kat sini..dah lah owg xpernah pun tahu wujudnya sekolah ni..budak2 kat sini mesti pandai-pandai punya..owg xlayak laaaaaaaaaaaa..aduhhhh..(buat muka pasrah)..

mak   :
alahh xpela belum cuba belum tahu...nanti mak selalu2 lah jenguk ko kat sini...ok??

abah  :
abah kalau time nk balik kerja lalu depan sekolah ni, abah selalu cakap, "harap2 satu hari nanti ada lah salah seorang ank abah yang masuk sekolah ni"...

aku  :
alahhhhhhhh..owg cuak la..dah la x da kawan.. :( [meninjau suasana keliling sekolah].. ya Allah nape bangunan kat sekolah ni huduh sgt..xbercat lgsung..xsemangt tol aku nk belajo..
(ceytt padahal........) hahahahhaa.. tapi sekarang dah lawa dah samura ni..dah ade dewan kuliah lagi..gempak kan..gym pun ada..promote jup..hehe


situasi : dalam dewan makan selepas mendaftar :

pehal aku macam kenal minah ni ekk.. ehh macam alia lahh..ermm yeay aku dah jumpa kawan...Alhamdulilah.. (satu sikap aku ialah susah hidup tanpa kawan) alia ni membe aku dari SMKBM gak..Mirul dah masuk SAMURA ni lagi awal dari aku..for ur information aku masuk intake yg kedua..

mase form 4 aku sangat tak suka kat sekolah ni..sebab banyak gila rule yang kene ikut..prep petang, prep malam..banyak aktivit wajib join, tak boleh balik umah selalu, kalau nak outing tak bola sama waktu dgn budak aspura..n macm2 lagi lah..dengan sistem merit demerit ikut rumah sukan kejadah..hurghhh rimas..

so aku pun selalu lah home sick..tapi kawan-kawan kelas aku sgt sporting..lagipun aku ade membe rapat mase form 4..kiteorg name kan grup kiteorg gangagingy..hehee








ni gamba dak kelas 4 gigih.. 
dione pelajar cina yg kat tgh2 tu dah passed away sbb kemalagn kapal terbang..final exam die before fly oversea to be a pilot..


tapi bila dah naik form 5, dah jadi senior la katakan..aku dah mula syg kat sekolah ni..yela kan tak kenal maka tak jatuh hati..banyak sejarah suka duka aku time form 5.. nk cerita malas nak taip panjang2..hahhaha..

tapi seriously aku suka sgt kat sekolah ni bila aku naik form 5..tak taw la sebb apa..tapi gangagingy dah lain2 kelas..bukan dari kelas yg sama..tapi still bersama kalu terserempak kat DM ke perhimpunn ke..friends never end till now.. 



ni gamba n dak 5 cerdik..sikit je kan dak laki..yg pandg belakang tu jopo..
bakal doktor owhh..study kat egypt sekrg ni..



umi, wani, yurie, daisy, wiwien, nabiha semua ni dak kelas 5 cerdik :)
luv u all..



 gambar kenagan..sebenarnya seigt aku waktu ni nk g panjat starbuck tapi dah kunci..hahahha
pain, daisy,kekwa 




gambar dengan adil katil kajau 3..lepas perang durian..




naderk n kekwa



MTK time :)




SAYA











antara kebaikan yang aku dapat daripada paksaan 2 ni :


  • aku dapt result yg sgt tak disangka lagi tuk SPM..addmath yg xpernah lulus dapat A1..bayangkan jela..
  • aku belajar mcm2 perkara.
  • ade banyk majlis2 mkan2 sepanjng aku belajo kat sini.
  • along pun jadi org DM kat sekolah ni..lepas aku kuar SMKBM die pun tamat kontrak n sambung kontrak kat DM sek ni plak.. ( nk jugak interprem along)..haha
  • aku dapat tambah ramai lagi kawan dari serata negeri.
  • ishh..byk sgt..tapi mmg x regret la dgr ckp mk aku.. =]