cAhaYa

cAhaYa

18 Mac 2011

Puas Hati

assalamualaikum...


tahniah man :)

Jenaka bersahaja dan meyakinkan membuatkan Man atau nama sebenarnya Abd Rahman dipilih menjadi juara Raja Lawak musim kelima (RL5) dan membawa pulang wang tunai RM100,000, malam tadi.
Tempat kedua menjadi milik R2 dan kumpulan Balas pula di kedudukan ketiga. Masing-masing menerima hadiah wang tunai RM50,000 dan RM30,000. Ketiga-tiga pemenang juga mendapat hadiah barangan elektrik Arezzo, LG, Elba dan Pensonic serta trofi Raja Lawak sumbangan Astro.

R2 dianggotai pasangan adik-beradik, Rahim Mat Ali (Aim), 40, Ridhzuan Mat Ali (Lopez), 21(aku minat dieorang) dan Balas dianggotai Mohammad Shukri Mohamed Sahar (Shuk) , 24 dan Fandi Muhammad (Fend).
Pertandingan akhir RL5, diadili juri tetap Afdlin Shauki, David Teo dan Saathiya. Bagaimanapun kemenangan ditentukan 100 peratus undian peminat. Pertandingan yang berlangsung di Pusat Konvensyen Shah Alam itu dihoskan Zizan dan Johan Raja Lawak dan dipancarkan secara langsung di Astro Prima.


tapi aku lagi suka R2..
btw tahniah la jugak R2 dapat naib.. :)


tapi total semua :
i like zizan
awwwww
grrrrr

beSt

assalamualaikum....

is currently tgok raja lawak..
zizan and johan terbaik..
hehehe..

xde keje :)

13 Mac 2011

Malaysia Boleh !!

assalamualaikum..

aku nak bagitahu yang sesungguhnya aku bangga menjadi anak Malaysia..  sebab apa?? ofcourse la sebab Chong Wei dapat kalahkan Lin Dan malam tadi..hehe..tapi kan aku rasa aku tahu kenapa Chong Wei menang..

sebab nya ialah mak aku tak tengok pun perlawanan tu malam tadi..  kalau dia tengok for sure Chong Wei kalah..  mak aku ni emo semacam kalau bab Chong Wei main badminton..  mana tak nya,, kalau tak dapat reply bola tangkis tu balik ke pihak lawan,,  mula lah dia berzikir :

matilah Malaysia macam ni
kalahlah Chong wei ko,, maintain kan aje lahhh...
(dengan nada mengharap sesuatu keajaiban berlaku pada team Malaysia)

kan orang kata : apa yang kita ungkapkan adalah doa..hehehe..
so aku rase doa mak aku mudah dimakbulkan Allah..
that's why la aku anak yang taat,, (bajet)
buatnya dia sumpah aku jadi batu macam tanggang kan dah susah..

korang nampak tak perkaitan cerita aku ni??
tak nampak sudah..heheh


berbalik pada cerita badminton semula..
masa beregu kan Tan Boon Hiong dan Koo Keng Keat lawan Denmark


kebetulan mak aku tengok...
set 1 ok la Malaysia lead.. second set Denmark menang..
mak aku dah gelabah.. (emo kan) hehe mati aku kalau mak aku baca blog aku ni..
set penentu Malaysia kalah di tangan Denmark..
(mesti sebab mak aku yang terlalu emo,, dan doanya terus diangkat Allah..mak jangan marah ekk..
saja nk interprem nama mak) hahaha


tahniah Chong Wei



bila lah anak melayu nak bangkit dalam 
sukan badminton ekk??

10 Mac 2011

baLik KamPung

asSalaMualaiKum.

arini dah stat balik kampung.. cuti selama seminggu.. 
ye la kami semua perlu di train sebagai seorang guru lah kan..
that why lah kami cuti pun sama macam budak sekolah..hehe..
jeles x..? mesti tak..so what? hahhahaa..

kali ni cuti aku berisi..sebab ade banyak assignment yang masih tak siap lagi..
naik cuti terus kena hantar.. seminggu lepas cuti pula, aku kena pergi sekolah..
aku kene buat PBS.. (pengalaman berasaskan sekolah)
so aku kena lah pergi sekolah kan..
aku buat PBS kat SK parit pinang seribu..
moga semuanya berjalan lancar..
amin :)



kad matrik n kad library aku..
xde kene mgene pun n PBS
saje nk mencapub..





06 Mac 2011

moOd : jiWanG

aSsaLamuaLaiKum..

sekarang aku rase nk feel-feel jiwang..amek nafas jup..okok..dah masuk mood jiwang..hehe..sebab ape ek..haaa mybe sebab aku tiba-tiba teringat dialog Ahmad Idham kot dalam filem Damping Malam..

die cakap "hidup aku, life aku untuk keluarga aku taw"..warhhhh kalau la aku dapat suami macam ni..urghh aku la wanita paling beruntung kot..cewahhh..hahhahahaha..berangan jer..nak tambahkan lagi mood jiwang aku ni,, meh tangkap jiwang dengar lagi ni..best..


LAGU BUNGA-BUNGA CINTA
penyanyi : dude herlino feat Asmirandah

tak pernah terlintas dibenakku
saat pertama kita bertemu
sesuatu yang indah tumbuh dalam gundah
harum dan merekah

tulus hatimu buka mataku
tegar jiwamu hapus ragaku
membuncah di hati harapan yang suci
menyatukan janji

bunga-bunga cinta indah bersemi
di antara harap cinta pinta pada-Nya
Tuhan tautkanlah cinta di hati
berpadu indah dalam mihrab cinta

memboncah dihati harapan nan suci
dalam mihrab cinta



asmirandah ni cute lahh..
dude ni hensem lah (mood gatal)


mihrab cinta tu apa ekk??
hehehe..tak tahu n malas nk search..
boleh tak..






04 Mac 2011

lelaki menceroboh masuk..

aSsaLaMuaLaiKum..

malam tadi tepat jam 3.36 pagi,  5 mac 2011 merupakan sejarah dalam hidup aku.. kenapa???

aku ni seorang yang jenis tido mati,,bukan tido ayam-ayam taw..tapi aku akan tersedar kalau ada orang yang kejut aku dengan memanggil nama aku sekali.. (harap kamu semua faham apa yang aku maksudkan ni..hehe)
ok mula-mula aku rase macam ada orang usap-usap kepala aku..aku dah tersedar dah masa tu..aku dah fikir lain..aku terus selawat dan baca ayat kursi..dah dup dap dup dap je jantung aku..

tak lama selepas tu,, aku dengar orang yang usap kepala aku tu sebut sekali nama aku.. "kak limah, kak limah".. (ni bukan scene hantu kak limah balik umah ok)..rupanya aku baru tersedar yang malam tadi adik junior bilik sebelah ada request nk tumpang tidur kat bilik aku sebab dia rasa tak sedap hati.. aku on ja..tak ada papa hal..

bila aku dah tersedar dia pun cakap : "kak limah dengar tak??"

aku kan mamai lagi,,al-maklumlah baru bangun tidur beb..dah la tidur awal malam tadi..haha..then aku menajamkan telinga aku.. aku dengar ada orang jerit-jerit kat bawah.. "bukak semua lampu compartment dan koridor tu,, bagi terang semua"..

ehh apehal ni bising-bising kan?? ada orang laki ceroboh masuk asrama lagi ke..sebenarnya before ni memang ada kes lelaki ceroboh masuk hostel kami, tapi aku tak hairan sangat sebab selalunya bila kejadian tu berlaku aku tak tersedar dan lagipun cerita tu akan tersebar keesokan harinya..

tapi kes malam tadi lain..tak pernah aku rase secuak malam tadi..sumpah..sangat takut..meh aku khabar sikit..ahli compartment aku cuma 2 bilik je yang berpenghuni..satu compartment ada 4 bilik..2 bilik lagi tu kosong sebab akak KPLI dah keluar..nak dijadikan cerita roomate aku balik minggu ni dan membe aku bilik sebelah pun balik,,tinggal junior dia je..so disebabkan junior tu rasa tak sedap hati malam tadi..jadi dia ambil keputusan nak tumpang tidur di bilik aku..aku pun on jaaa..

aku selak langsir aku nampak ahli compatment sebelah (bukan compartment aku yer) pergi semua compartment dan hidupkan balik semua lampu compartment n lampu koridor..aku rasa kerja laki tu la yang tutup semua lampu..

sebabnya ada kes tahun lepas, ada seorang kakak senior tu terserempak dgn dia,, dan laki tu on the spot terjun tingkap tepi tangga untuk larikan diri..padahal masa tu dia kat tingkat 1..entah patah entah tak kaki dia..

so aku rasa taktik dia kali ni tutup semua lampu biar orang tak dapat recognise dia kan..aku rasa la..aku tak puas hati,,aku selak langsir n tinjau bawah..aku nampak ada makguard dengan ustazah (warden bertugas)..dah sah mesti kes kene ceroboh lagi..

lepas aku aku tanya zu compatment sebelah : "wehh pehal weyhh??"

dia cakap ada laki ceroboh masuk..dah gak dah jangkaan aku memang tepat..dia cakap, budak compartment dia kena aim sebab ada 3 bilik yang duk sorang sebab roomate masing-masing balik kan..tapi macama mana dia boleh aim ek?? (mesti ada ilmu apa-apa ni kan)..sorang ahli compartment dia tersedar ada orang cuba nak buka pintu bilik dia dan dah selak langsir bilik dia..dia hantar mesej kat budak bilik sebelah dia yang dia rasa tak sedap hati..kalau aku  pun gigil dah..dia ambil keputusan menjerit dan laki tu sempat lari kot..dia pun cepat-cepat keluar dari bilik dia dan pergi ke bilik sebelah.. (ni apa yang aku faham dari apa yang zu cerita lah,tak tahu kalau aku salah,,tapi lebih kurang lah ceritanya)..

aku memang dah cuak tak terkata,,junior aku pun sama dah tak boleh tidur..aku buka pintu bilik aku dan tinjau keadaan sekeliling.. aku terpana bila aku nampak pintu bilik depan terbuka luas..masyaAllah,, aku memang tutup pintu depan tu sebab aku tak nak kucing masuk...macam mana pintu boleh terbuka?? ni mesti kes laki tu yang buat (firasat aku lah)..

then aku teringat yang malam tadi sebenarnya aku hampir-hampir terlupa kunci pintu bilik aku..kenapa?? sebab budak junior tu dah selamat tidur awal malam tadi sebab dia penat..aku pula tertidur masa tengah online..tertidur dengan laptop terbuka, lampu terbuka, pintu terbuka..dapat bayangkan tak kalau aku tak terjaga terus malam tadi..tak mustahil lah bilik aku diceroboh..ya Allah syukur gila tak ada apa-apa perkara yang berlaku..

aku difahamkan,,waktu makguard jerit-jerit kat bawah, laki tu still ada kat kawasan kolej kediaman kami,, katanya dia pergi ke aras 3..aras 3 kolej ni memang sengaja dikonsongkan sebab atap bocor..sebab ada lampu koridor dan compartment yang dihidupakan kat aras 3 tu..aku terpikir gak,,apa lah motif dia nak kacau kami kat sini..berani pula tu..hurmm macam-macam jenis manusia kat dunia ni kan..

PESANAN :
  • jangan lupa selak pintu bilik pasni
  • tidur pakai yang proper,,senang nak lari kalau apa-apa terjadi