cAhaYa

cAhaYa

04 Mac 2011

lelaki menceroboh masuk..

aSsaLaMuaLaiKum..

malam tadi tepat jam 3.36 pagi,  5 mac 2011 merupakan sejarah dalam hidup aku.. kenapa???

aku ni seorang yang jenis tido mati,,bukan tido ayam-ayam taw..tapi aku akan tersedar kalau ada orang yang kejut aku dengan memanggil nama aku sekali.. (harap kamu semua faham apa yang aku maksudkan ni..hehe)
ok mula-mula aku rase macam ada orang usap-usap kepala aku..aku dah tersedar dah masa tu..aku dah fikir lain..aku terus selawat dan baca ayat kursi..dah dup dap dup dap je jantung aku..

tak lama selepas tu,, aku dengar orang yang usap kepala aku tu sebut sekali nama aku.. "kak limah, kak limah".. (ni bukan scene hantu kak limah balik umah ok)..rupanya aku baru tersedar yang malam tadi adik junior bilik sebelah ada request nk tumpang tidur kat bilik aku sebab dia rasa tak sedap hati.. aku on ja..tak ada papa hal..

bila aku dah tersedar dia pun cakap : "kak limah dengar tak??"

aku kan mamai lagi,,al-maklumlah baru bangun tidur beb..dah la tidur awal malam tadi..haha..then aku menajamkan telinga aku.. aku dengar ada orang jerit-jerit kat bawah.. "bukak semua lampu compartment dan koridor tu,, bagi terang semua"..

ehh apehal ni bising-bising kan?? ada orang laki ceroboh masuk asrama lagi ke..sebenarnya before ni memang ada kes lelaki ceroboh masuk hostel kami, tapi aku tak hairan sangat sebab selalunya bila kejadian tu berlaku aku tak tersedar dan lagipun cerita tu akan tersebar keesokan harinya..

tapi kes malam tadi lain..tak pernah aku rase secuak malam tadi..sumpah..sangat takut..meh aku khabar sikit..ahli compartment aku cuma 2 bilik je yang berpenghuni..satu compartment ada 4 bilik..2 bilik lagi tu kosong sebab akak KPLI dah keluar..nak dijadikan cerita roomate aku balik minggu ni dan membe aku bilik sebelah pun balik,,tinggal junior dia je..so disebabkan junior tu rasa tak sedap hati malam tadi..jadi dia ambil keputusan nak tumpang tidur di bilik aku..aku pun on jaaa..

aku selak langsir aku nampak ahli compatment sebelah (bukan compartment aku yer) pergi semua compartment dan hidupkan balik semua lampu compartment n lampu koridor..aku rasa kerja laki tu la yang tutup semua lampu..

sebabnya ada kes tahun lepas, ada seorang kakak senior tu terserempak dgn dia,, dan laki tu on the spot terjun tingkap tepi tangga untuk larikan diri..padahal masa tu dia kat tingkat 1..entah patah entah tak kaki dia..

so aku rasa taktik dia kali ni tutup semua lampu biar orang tak dapat recognise dia kan..aku rasa la..aku tak puas hati,,aku selak langsir n tinjau bawah..aku nampak ada makguard dengan ustazah (warden bertugas)..dah sah mesti kes kene ceroboh lagi..

lepas aku aku tanya zu compatment sebelah : "wehh pehal weyhh??"

dia cakap ada laki ceroboh masuk..dah gak dah jangkaan aku memang tepat..dia cakap, budak compartment dia kena aim sebab ada 3 bilik yang duk sorang sebab roomate masing-masing balik kan..tapi macama mana dia boleh aim ek?? (mesti ada ilmu apa-apa ni kan)..sorang ahli compartment dia tersedar ada orang cuba nak buka pintu bilik dia dan dah selak langsir bilik dia..dia hantar mesej kat budak bilik sebelah dia yang dia rasa tak sedap hati..kalau aku  pun gigil dah..dia ambil keputusan menjerit dan laki tu sempat lari kot..dia pun cepat-cepat keluar dari bilik dia dan pergi ke bilik sebelah.. (ni apa yang aku faham dari apa yang zu cerita lah,tak tahu kalau aku salah,,tapi lebih kurang lah ceritanya)..

aku memang dah cuak tak terkata,,junior aku pun sama dah tak boleh tidur..aku buka pintu bilik aku dan tinjau keadaan sekeliling.. aku terpana bila aku nampak pintu bilik depan terbuka luas..masyaAllah,, aku memang tutup pintu depan tu sebab aku tak nak kucing masuk...macam mana pintu boleh terbuka?? ni mesti kes laki tu yang buat (firasat aku lah)..

then aku teringat yang malam tadi sebenarnya aku hampir-hampir terlupa kunci pintu bilik aku..kenapa?? sebab budak junior tu dah selamat tidur awal malam tadi sebab dia penat..aku pula tertidur masa tengah online..tertidur dengan laptop terbuka, lampu terbuka, pintu terbuka..dapat bayangkan tak kalau aku tak terjaga terus malam tadi..tak mustahil lah bilik aku diceroboh..ya Allah syukur gila tak ada apa-apa perkara yang berlaku..

aku difahamkan,,waktu makguard jerit-jerit kat bawah, laki tu still ada kat kawasan kolej kediaman kami,, katanya dia pergi ke aras 3..aras 3 kolej ni memang sengaja dikonsongkan sebab atap bocor..sebab ada lampu koridor dan compartment yang dihidupakan kat aras 3 tu..aku terpikir gak,,apa lah motif dia nak kacau kami kat sini..berani pula tu..hurmm macam-macam jenis manusia kat dunia ni kan..

PESANAN :
  • jangan lupa selak pintu bilik pasni
  • tidur pakai yang proper,,senang nak lari kalau apa-apa terjadi








4 ulasan:

  1. memeng sy xkan lupe scene ni kak..huhu...
    alhamdulillah syukur kita tak apa2..

    BalasPadam
  2. tu la syukur sgt2...hahha..
    ermm malam tadi awat tak kejut akk lagi?? nk tgok gak adegan kejar mgejar mak guard tu..harhar

    BalasPadam
  3. aku tak taw cite tu
    ptg td bru taw
    hahha
    T.T

    BalasPadam